Hikmah Perpisahan

Photobucket

"Anugerah Hidup..."

"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."

15 February, 2010

SUDIRMAN - ROBOHNYA MAHLIGAI CINTA

SUDIRMAN - ROBOHNYA MAHLIGAI CINTA
Posted by mesin taip buruk on May 26, '07 6:21 AM for everyone


PERCINTAAN dan perkahwinan dengan Kamariah Jamaludin atau lebih dikenali Kay adalah sesuatu yang indah buat Sudirman Haji Arshad.

Sudirman pernah memberitahu sahabat baiknya, pelakon dan penyanyi Noorkumalasari bahawa Kay adalah wanita pertama dan terakhir yang dicintainya. Mereka disatukan pada Hari Valantine - 14 Februari 1981 selepas Sudirman menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya. Kay yang bekerja di Petronas adalah pilihan hati Sudirman yang dikenali sejak kecil lagi.
Pastinya berita perkahwinan mereka diterima baik peminat kerana percintaan mereka bukan rahsia lagi.

Bagaimanapun, takdir menentukan segalanya apabila mahkigai cinta yang dibina dengan kasih sayang roboh bak istana pasir dilanda ombak. Perkahwinan mereka cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka. Pasangan itu tidak mempunyai anak.

Dalam majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF) dalam kolum Masih Kuingat Lagi, Sudirman menulis, 2 perkara yang sangat memilukan hatinya. Pertama, kehilangan ibu pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinannya yang gagal.

Sudirman merakamkan kedukaannya melalui pahit getir penceraian menerusi lagunya Terasing dan Merisik Khabar, malah beliau turut mencipta lagu Setiamu Tiada Lagi dendangan Ibnor Riza. Setelah bercerai, Sudirman menumpukan seluruh tenaga kepada kariernya termasuk menulis, melukis, dan menubuhkan syarikatnya sendiri.

Sahabat baik Sudirman, penyanyi Noorkumalasari dalam catatan mengenai Allahyarham yang disiarkan dalam Harian Metro pada 1992 berkata, suasana malam di rumah Sudirman sangat sayu menjelang perpisahan antara mereka. “Apabila cerai dilafazkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung,” kata Noor yang menyaksikan sendiri perceraian Sudirman dan Kay.

Sewaktu hampir berpisah dengan Kay, Sudirman menelefon Noorkumalasari supaya dapat menjadi saksi ketika dia melefazkan cerai. Noorkumalasari bersama-sama bekas suaminya ketika itu bergegas ke rumah Sudirman di Bangsar.

Noorkumalasati berkata "Suasana malam itu begitu sayu menjelang perpisahan mereka. Kedua-duanya kelihatan seperti biasa. Sebaik cerai dilafazkan, mereka tiba-tiba bertangisan. Air mata tidakdapat dibendung lagi, lalu kedua-duanya berpelukan. Begitu sayumenyaksikan peristiwa itu."

Noorkumalasari tidak dapat menahan sebak, seterusnya turut menangis sama. Sudirman, katanya, ketika itu berada dalam keadaan tidak tentu arah. Siapa sangka percintaan yang mereka pupuk sekian lama berakhir dengan cara begitu. Namun, Noorkumalasari memuji caranya yang begitu gentleman.

  

Noorkumalasari berkata lagi : "Sejak perpisahan itu jugalah, timbul semacam perubahan pada diri Sudir. Peminatnya mungkin tidak perasan mengenai perubahan ini. Tetapi di kalangan rakan artis, apatah lagi mereka yang rapat dengannya, perubahandiri Sudir itu jelas ketara.

"Percayalah kalau Noor katakan, meskipun di antara Allahyarham dan Kaytiada sebarang ikatan, namun Allahyarham masih terus menyarung cincin perkahwinan mereka. Saya sendiri Noor sendiri kehairanan mengapa Allahyarham bersikap begitu?"

Noorkumalasari ada menasihati Allahyarham agar menerima hakikat hidup. "Payah juga hendak dilentur, tetapi lama kelamaan, jika tidak silap Noor di antara dua atau tiga tahun, barulah Allahyarham menanggalkan cincin itu daripada jarinya," cerita Noorkumalasari lagi.

MENYUSUL ALBUM DAN LAGUNYA

Prev: SUDIRMAN - BUKAN SEKADAR SUARA
Next: SUDIRMAN - ALBUMNYA ADA MESEJ

14 February, 2010

Selamat Bertunang...

Hari ini 14hb Februari adik lelaki bongsuku mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya dari Kedah. Aku tidak dapat mengikuti rombongan peminangannya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Apapun aku doakan moga jodoh mereka berpanjangan ke jinjang pelamin dan bahagia selamanya,,,Insyaallah...amin.
Hari ini juga diucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat warga cina sume. Betapa bertuahnya kita di bumi Malaysia dapat melihat pelbagai perayaan dan dapat manfaat dari setiap perayaan di mana warga lain dapat bercuti pada setiap perayaan...:)))

11 February, 2010

Dairi hidup Seorang Janda @ Ibu Tunggal...

Samada prasangka akukah atau realitinya rata-rata masyarakat sering memandang sinis golongan wanita yang memegang status miss J (Janda) @ Ibu Tunggal ...walhal bukan mudah golongan seperti kami untuk berdepan dengan masyarakat. Ini dapat aku rasakan bila senda gurau teman-teman sekerja berkaitan golongan seperti kami. Segala tutur kata, penampilan dan gaya hidup golongan ini menjadi perhatian dan buah mulut orang dan menarik untuk diperkatakan. Ini mungkin disebabkan golongan janda ini sering dikaitkan bebas menjalinkan hubungan dengan siapa saja padahal golongan seperti kami inilah lebih memerlukan teman kerana masih tiada teman hidup. Aku sendiri tidak pernah menduga akan menggalas gelaran ini dan selama empat bulan juga masa diambil untuk menenangkan diri menerima hakikat ini merupakan ketentuanNya dan kita sebagai hambanya harus redha menerima. Aku akui bukan mudah menjalani kehidupan tanpa seorang yang bergelar suami di sisi kita namun aku bersyukur mempunyai dua orang anak lelaki hasil dari perkahwinanku yang cuma bertahan lima tahun. Kini hampir empat tahun aku menggalas gelaran ibu tunggal. Air mata menjadi teman setia aku di kala mencari kekuatan dalam diri untuk terus melangkah meneruskan perjuangan hidup yang sementara ini. Bukan serik dengan perkahwinan tetapi jalan untuk itu terlalu sukar bagi aku kerana pilihan hati aku milik insan lain. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Mungkin ini jalan takdirku. Sebagai hambaNya yang lemah aku hanya mampu pasrah menerima ketentuanNya dan terus berdoa moga dibukakan jalan keindahan untuk aku di hari depan. Insyaallah...amin.

12 January, 2010

rupanya hujan di tengah hari...

Adikku memutuskan pertunangannya minggu lalu. Mungkin ada hikmah di sebalik semuanya ini. Aku harap ianya tiada kaitan dengan badi yang menimpa perkahwinanku yang lalu. Aku tidak sanggup melihat apa yang aku lalui menimpa adik bongsuku kelak. Mungkin itu bukan jodohnya. Moga dia bertemu dengan ganti yang lebih baik Insyaallah. Apapun aku sebagai kakaknya menghormati keputusan yang dibuatnya. Semoga ayah dan ibuku diberi kekuatan untuk menerima segala ketentuan dariNya. Aku yakin dan percaya jodoh, ajal dan maut adalah ketentuanNya dan jika kita redha amat besar ganjaran di sisiNya.

30 December, 2009

Cuti Sekolah Berakhir...

Syukur alhamdullillah ayah anak-anakku menjenguk dan mengambil mereka bercuti hampir tiga minggu bersamanya ke Kuala Lumpur. Walau pun tanpa aku di sisi, reaksi mereka sudah cukup memberitahu aku mereka gembira menghabiskan masa bersama. Apa yang aku harapkan mereka dapat mengenali siapa ayah mereka. Itu sudah memadai bagi aku. Yang penting mereka tahu di mana ayah mereka berada. Siapa aku untuk memisahkan mereka. Ini ketentuanNya. Sebagai manusia biasa aku redha dengan apa yang berlaku cuma aku tidak boleh bersemuka dengannya lagi. Sukar untuk aku melupakan apa yang terjadi. Biarlah masa yang menentukannya. Doaku moga hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat Insyaallah...

20 November, 2009

Selamat Hari Jadi Along yg ke 7 tahun



Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat...Insyaallah...amin.

04 November, 2009

Kes cerai tahun lalu meningkat 1.2 peratus

KUANTAN: Kes perceraian dalam negara pada tahun lalu meningkat 1.2 peratus atau 1,238 kes berbanding tahun sebelumnya.


Timbalan Ketua Pengarah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Dr Anjli Doshi Ghandi, berkata sebanyak 22,289 kes perceraian dicatatkan di seluruh negara tahun lalu berbanding 21,051 kes pada tahun sebelumnya.

Katanya, Selangor mencatatkan angka tertinggi dengan 3,558 kes diikuti Kedah sebanyak 2,407 kes.


"Bagi mengatasi masalah perceraian, LPPKN menyediakan kaunseling keluarga yang mempunyai masalah dalam rumahtangga," katanya ketika berucap pada Seminar Kaunseling Keluarga peringkat negeri Pahang di sini hari ini.

Beliau juga berkata, seramai 7,557 orang telah mengikuti 5,829 sesi keunseling yang dikendalikan oleh pegawai psikologi LPPKN di seluruh negara sepanjang tahun lalu. - Bernama

03 November, 2009

melihat air itu menenangkan...
"life goes on..."
1...2...3...
along di jet m32 31
boy gan hero pujaannya......ultraman

07 October, 2009

Tangisan Seorang Wanita...

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;?kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.

27 September, 2009

Hari Lahirku...


Hari ini genap usiaku 35 tahun. Syukur aku masih diberi waktu untuk merasai nikmat hidup di bumi Allah ini. Moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan membesarkan anak-anak tanpa seorang suami di sisi. amin...

20 September, 2009

Salam Lebaran ...


Moga aidilfitri kali ini memberikan kita sume kesempatan untuk bermaafan sesama insan agar dapat merapatkan perhubungan yang lama terpisah. Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dalam meneruskan perjuangan hidup yang semakin mencabar...dikesempatan ini aku mohon moga dimaafkan segala kesalahan yang pernah kulakukan samada sedar atau pun tidak kepada muslimin dan muslimat di mana berada...maaf zahir dan batin.

12 September, 2009

Buat seorang yang bergelar "Ayah" kepada anak-anakku...

Selamat Hari Lahir ke 34...moga berbahagia selalu disamping insan tersayang...

08 September, 2009

08/09/2001 kini hanya tinggal Sejarah dalam hidupku...


Bersamaan tarikh hari ini lapan tahun yang lalu menjadi titik perubahan besar dalam hidup aku, menjalani kehidupan baru bersama insan tersayang. Sehingga saat ini sejarah itu sukar berulang kembali yang tinggal hanya memori semalam. Akan aku kuatkan keazaman dalam diri meniti hari depan demi membesarkan anak2ku. Moga Allah mengurniakan aku kesihatan diri dan semangat baru agar aku tidak patah semangat dalam menuju keredhaan Ilahi...Amin.

07 September, 2009

Along dan ayahnya...

Sibuk membelek cd lama di rumah mak terjumpa lak gambar Along dan ayahnya ...terkejut gak aku kerana sepanjang kami berkahwin dia memang tak suka gambarnya diambil. Seperti tau jew yang dia tidak akan lama bersama kami...aku pun tak pernah lihat gambar nih...masa ni majlis perkahwinan kakakku Along baru berusia genap 2 tahun.

26 August, 2009

Ramadhan bulan rahmat...

Bulan Ramadhan bulan yang mulia dan di bulan suci inilah 3 tahun yang lalu aku terpaksa berdepan dengan kisah duka yang masih terus terpahat dalam ingatanku hingga kini. Kehadiran Ramadhan meninggalkan kesan yang amat dalam bagiku. Di bulan barakah inilah aku diceraikan oleh bekas suamiku. Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa aku tempuh untuk membesarkan anak-anak tanpa kehadiran insan yang bergelar suami. Hingga kini aku tidak menemui pengganti dirinya untuk kami menumpang kasih sayang sebagai ketua keluarga. Kini anak sulungku telah memulakan alam persekolahannya di tahun satu. Anak ke dua yang berusia 4 tahun pula mula mengikuti kelas tadika. Aku masih menetap dan mencari nafkah hidup kami tiga beranak di sini di mana bekas suamiku meninggalkan kami. Kini hampir setengah tahun dia tidak menjenguk anak-anak dan hanya nafkah anak-anak yang diterima. Aku akui aku juga punya banyak kelemahan sebagai insan biasa di muka bumi ini begitu juga dengan dirinya tetapi patutkah anak-anak yang menjadi mangsanya? Aku sedar aku bukan yang terbaik untuk dirinya. Apapun dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa buat dirinya...moga berbahagia selalu disamping insan tersayang...

Wanita Tanpa Suami Bukan Bebanan

DALAM satu kisah, Nabi pernah menasihati Ibnu Abbas sebagaimana yang diriwayatkan oleh Tirmizi: "Suatu hari, ketika aku berjalan di belakang nabi, lalu baginda berkata kepadaku, "Wahai anak muda! Sungguh, aku ajarkan kamu beberapa kalimah, Peliharalah Allah, pasti Allah memelihara kamu, Pelihara Allah pasti kamu dapati Allah selalu di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, apabila kamu memerlukan bantuan, mintalah bantuan kepada Allah."Sebagai hamba-Nya yang mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, sudah pastinya kata nasihat Rasulullah SAW yang berbunyi, "Peliharalah Allah, pasti Allah memelihara kamu" di atas, harus diambil perhatian serius, seterusnya diterapkan dalam kehidupan setiap individu Muslim, waima apa status mereka sekalipun. Sebagai hamba-Nya yang mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, sudah pastinya kata nasihat Rasulullah SAW yang berbunyi, "Peliharalah Allah, pasti Allah memelihara kamu" di atas, harus diambil perhatian serius, seterusnya diterapkan dalam kehidupan setiap individu Muslim, waima apa status mereka sekalipun. Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Prof. Madya Dr. Anisah Abdul Ghani sewaktu membentangkan kertas kerja bertajuk, Perbanyakkan amal, jauhi maksiat menjelaskan, dalam menghadapi tekanan hidup, apatah lagi ke atas golongan tanpa suami, maka menjaga hubungan dengan Allah adalah amat-amat diperlukan. Ini kerana golongan sebegini sering dilempar dengan pelbagai tohmahan yang sudah pastinya menyentap dan mengguris hati kecil seorang wanita. Ditambah pula dengan lemparan gelaran dan jolokan seperti 'janda berhias', 'janda meletup' 'andartu' dan 'andalusia'. Padahal sepatutnya, golongan ibu tunggal harus dibela kebajikan dan dijaga sensitiviti mereka. Besar kemungkinan juga, segelintir wanita yang tidak berkahwin itu bukannya memilih, jauh sekali menafikan sunnah Nabi. Tetapi semua itu adalah dugaan Allah Yang Maha Mengetahui. Sayangnya, itulah realiti masyarakat kita yang sesuka hati melabelkan seseorang itu tanpa meletakkan diri mereka ditempat si pulan itu. Hakikatnya, lelucon yang berlebihan dan sindiran yang menyakitkan itu memberi kesan kepada mental, spiritual dan emosi individu yang dimaksudkan itu.

21 August, 2009

Sebuah Perpisahan

MENGINGINKAN sesuatu yang amat sukar diperolehi bagaikan satu kepuasan tidak terhingga. Namun dalam soal hati dan perasaan, setiap yang didambakan sering menemukan kita dengan harapan palsu, sekaligus kepahitan berterusan. Menghadapi perpisahan getir seperti putus kasih, putus tunang bahkan pernah melalui perceraian yang menjadi satu pengalaman pahit dalam hidup, sukarnya untuk bangkit semula sesudah segalanya hancur punah. Namun, jangan putus asa atas segala kepahitan yang dilalui itu. Dalam percintaan, percayalah jika anda pernah dikecewakan, pasti akan wujud cahaya baru kemudiannya. Cinta muncul secara langsung dan alamiah, namun cinta hidup melalui pemeliharaan. Sesuatu kemusnahan boleh saja berlaku mungkin angkara fitnah,kehadiran orang ketiga bahkan apa saja, biarpun alasannya cukup kecil serta sukar dipercayai. Membinanya mengambil masa bertahun-tahun namun runtuhnya hanya dalam sekelip mata. Siapa yang tidak merana bukan?

20 August, 2009

Tips Rawat Luka Perpisahan

Berikut panduan yang mungkin dapat membantu diri merawat kelukaan akibat perpisahan atau cinta terputus di tengah jalan:

· Terima Hakikat

Pertama sekali, perlu menerima hakikat si dia bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan seterusnya.

- Melarikan Diri

Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan.

Cuba pergi ke tempat yang agak jauh dan rehatkan minda. Tetapi jangan pula berkunjung ke tempat di mana anda pernah pertama kali bertemu atau tempat anda selalu mengadakan janji temu kerana khuatir nostalgia lama berputar kembali. Ia tentu sukar bagi anda untuk melupakan si dia sedangkan tujuan sebenar anda adalah melenyapkannya terus kenangannya.

· Luahkan perasaan

Luahkan segala resah yang terpendam atau duka yang sarat itu kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan, anda akan dapat menghilangkan tekanan.

· Jatuh cinta lagi

Suburkan semula rasa cinta terhadap orang yang mungkin baru muncul dalam hidup anda. Apabila jatuh cinta pada seseorang sekali lagi, jangan menyeksa diri dengan menganggap cinta anda tidak diterima. Cinta itu tidak pernah ditolak kerana setiap insan memerlukan dan menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharapkan sesuatu. Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan kerana menerima.

· Cuba ingat orang lain

Setiap detik wajahnya masih membayangi dan terngiang-ngiang perbualan mesra dengannya. Sukarnya melenyapkan setiap inci kenangan memang tidak dinafikan.

Kalau teringatkan si dia, mengapa anda tidak cuba dekat dengan orang lain misalnya ahli keluarga, bekas rakan sekolej yang pernah sama-sama bergiat aktif atau sesiapa saja yang mungkin membahagiakan. Mungkin dengan cara itu, ia akan membuatkan anda kembali bahagia walaupun ia mengambil masa. Yang pasti, belajarlah melupakannya secara perlahan-lahan.

· Buang saja hadiah pemberiannya

Bunga, jam, penanda buku, baju, seluar, jaket, novel cinta, bunga, beruang kesayangan, cincin, rantai atau apa saja, jangan disimpan lagi. Ia kelihatan seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik atau pulangkan kembali hadiah itu kepadanya.

· Berdoa dan bertawakal

Ini adalah cara terbaik dan penyelesaian bagi segala-galanya. Berdoalah kepada-Nya supaya diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan serasi.