Hikmah Perpisahan

Photobucket

"Anugerah Hidup..."

"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."

11 February, 2010

Dairi hidup Seorang Janda @ Ibu Tunggal...

Samada prasangka akukah atau realitinya rata-rata masyarakat sering memandang sinis golongan wanita yang memegang status miss J (Janda) @ Ibu Tunggal ...walhal bukan mudah golongan seperti kami untuk berdepan dengan masyarakat. Ini dapat aku rasakan bila senda gurau teman-teman sekerja berkaitan golongan seperti kami. Segala tutur kata, penampilan dan gaya hidup golongan ini menjadi perhatian dan buah mulut orang dan menarik untuk diperkatakan. Ini mungkin disebabkan golongan janda ini sering dikaitkan bebas menjalinkan hubungan dengan siapa saja padahal golongan seperti kami inilah lebih memerlukan teman kerana masih tiada teman hidup. Aku sendiri tidak pernah menduga akan menggalas gelaran ini dan selama empat bulan juga masa diambil untuk menenangkan diri menerima hakikat ini merupakan ketentuanNya dan kita sebagai hambanya harus redha menerima. Aku akui bukan mudah menjalani kehidupan tanpa seorang yang bergelar suami di sisi kita namun aku bersyukur mempunyai dua orang anak lelaki hasil dari perkahwinanku yang cuma bertahan lima tahun. Kini hampir empat tahun aku menggalas gelaran ibu tunggal. Air mata menjadi teman setia aku di kala mencari kekuatan dalam diri untuk terus melangkah meneruskan perjuangan hidup yang sementara ini. Bukan serik dengan perkahwinan tetapi jalan untuk itu terlalu sukar bagi aku kerana pilihan hati aku milik insan lain. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Mungkin ini jalan takdirku. Sebagai hambaNya yang lemah aku hanya mampu pasrah menerima ketentuanNya dan terus berdoa moga dibukakan jalan keindahan untuk aku di hari depan. Insyaallah...amin.

9 comments:

  1. samala.. sy pun baru je dpt status yg sme.. miss J

    ReplyDelete
  2. ai... sy dh 3 thn dpt pangkat d... ok jer.. life must goes on, tngjwb kene jlnkan, perhatian pd anak2 jgn abaikan.... melangkah la berhati2 kehadapan.. smbil2 pndg2 sekejap jejak2 belakang....almaklumlah tuk renungan...

    ReplyDelete
  3. Salam,saya dlu seorg balu yg kematian suami akibat kemlgan. Setlh 5 thn s'diri,saya tlh kahwin dgn duda. Byk rintangan dan cabaran sebenarnya jika kahwin kali ke dua krn masing2 ada ank. Byk hati dan pengorbanan yg perlu..ikhlas saya rs lbih baik hidup sendiri. Lebih tenang dan tiada tekanan. Fikir2kanlah...bahagia hanya seketika.

    ReplyDelete
  4. salam kak,, untung akak menjalani hidup ini bsama anak2.. saya?? still lagi makan hati even suami bprangai macam buaya.. siang mlm saya makan hati.. siapa tahu..

    ReplyDelete
  5. sy pun bakal mdpat title itu.cuma trasa berat lag nak memikul bila dpt tau dri pregnant 2bln.

    ReplyDelete
  6. sy dah sthn dapat title j..mcm2 dugaan skrg ni...x hb x bertanggungjawab skrn ni x bg nafkah...ada x sesiapa yg ada pengalamn untuk tuntutan nafkah ni..

    ReplyDelete
  7. emmmmm dah setahun dpt gelaran mss j nie...mida jalaninya dengan tabah coz xder yang lebih bermakna melain kan hari2 yang dilalui dengan ksibukan keje dan karenah si manja yang sentiasa jd peneman.. gelak tawanya menjadi penawar luka di hati kala kata -kata yang menyiat ati manusia yang tidak memahami tersinggah di telinga.....mida ase besyukur sgt dengan kehidupan skrg nie....semua cabaran dan dugaan yang dihadapi menjadikan mida lebih matang dan x herannnn dengan benda2 yang remeh temeh yang boleh menjadi bahan negatif dlm kita teruskan hidup sbg mss j nie.....

    ReplyDelete
  8. saya dlm dilema.. punya 3 cahaya mata.. tp sy rasa takut utk menghadapi status j ini nnt.. adakah sy mampu hadapinya?.. sekarang sy rasa sy mampu dan bersedia utk berpisah..tp sy takut akan datang.. apa pndapat kalian.. apa yg sy harus lakukan?..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete