Hikmah Perpisahan

Photobucket

"Anugerah Hidup..."

"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."

26 August, 2009

Wanita Tanpa Suami Bukan Bebanan

DALAM satu kisah, Nabi pernah menasihati Ibnu Abbas sebagaimana yang diriwayatkan oleh Tirmizi: "Suatu hari, ketika aku berjalan di belakang nabi, lalu baginda berkata kepadaku, "Wahai anak muda! Sungguh, aku ajarkan kamu beberapa kalimah, Peliharalah Allah, pasti Allah memelihara kamu, Pelihara Allah pasti kamu dapati Allah selalu di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, apabila kamu memerlukan bantuan, mintalah bantuan kepada Allah."Sebagai hamba-Nya yang mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, sudah pastinya kata nasihat Rasulullah SAW yang berbunyi, "Peliharalah Allah, pasti Allah memelihara kamu" di atas, harus diambil perhatian serius, seterusnya diterapkan dalam kehidupan setiap individu Muslim, waima apa status mereka sekalipun. Sebagai hamba-Nya yang mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, sudah pastinya kata nasihat Rasulullah SAW yang berbunyi, "Peliharalah Allah, pasti Allah memelihara kamu" di atas, harus diambil perhatian serius, seterusnya diterapkan dalam kehidupan setiap individu Muslim, waima apa status mereka sekalipun. Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Prof. Madya Dr. Anisah Abdul Ghani sewaktu membentangkan kertas kerja bertajuk, Perbanyakkan amal, jauhi maksiat menjelaskan, dalam menghadapi tekanan hidup, apatah lagi ke atas golongan tanpa suami, maka menjaga hubungan dengan Allah adalah amat-amat diperlukan. Ini kerana golongan sebegini sering dilempar dengan pelbagai tohmahan yang sudah pastinya menyentap dan mengguris hati kecil seorang wanita. Ditambah pula dengan lemparan gelaran dan jolokan seperti 'janda berhias', 'janda meletup' 'andartu' dan 'andalusia'. Padahal sepatutnya, golongan ibu tunggal harus dibela kebajikan dan dijaga sensitiviti mereka. Besar kemungkinan juga, segelintir wanita yang tidak berkahwin itu bukannya memilih, jauh sekali menafikan sunnah Nabi. Tetapi semua itu adalah dugaan Allah Yang Maha Mengetahui. Sayangnya, itulah realiti masyarakat kita yang sesuka hati melabelkan seseorang itu tanpa meletakkan diri mereka ditempat si pulan itu. Hakikatnya, lelucon yang berlebihan dan sindiran yang menyakitkan itu memberi kesan kepada mental, spiritual dan emosi individu yang dimaksudkan itu.

No comments:

Post a Comment