Hikmah Perpisahan

Photobucket

"Anugerah Hidup..."

"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."

11 June, 2009

Pasangan perlu elak konflik, hindari perceraian

Suami isteri yang berkongsi kehidupan bertahun-tahun, malah sehingga akhir hayat pasti tidak dapat lari daripada menempuh dugaan berumah tangga. Kadangkala, perkara kecil terbawa-bawa menjadi kes besar, bermasam muka dan berbalah. Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor(Jais), Alwi Parman, berkata pertelingkahan berlaku sebagai satu cubaan kepada pasangan kerana ada dosa dengan Tuhan yang mungkin tidak disedari pasangan terbabit. Berdasarkan kajian, pelbagai punca berlakunya konflik seperti mengabaikan pendidikan agama, ekonomi tidak mantap, kurangnya kefahaman terhadap tanggungjawab, campur tangan keluarga, wujudnya orang ketiga, berlaku keganasan dalam rumah tangga dan kegagalan menguruskan masa dengan bijak. Antara konflik perlu dielakkan ialah kehadiran orang ketiga. Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN),Datuk aminah Abdul Rahman mengakui kehadiran orang ketiga sering kali dikaitkan sebagai punca hubungan suami isteri bergoncang. Namun menurutnya orang ketiga bukan punca utama perceraian. Mengikut Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat yang dijalankan LPPKN pada 2004, Cuma 12 peratus perceraian berpunca daripada kehadiran orang ketiga. Ia merujuk kepada pasangan curang dan isteri enggan dimadukan. Sebaliknya, tiada persefahaman antara pasangan iaitu 42 peratus. Konflik dinyatakan jika tidak ditangani dengan bijak oeh pasangan boleh mengundang kepada peningkatan kes perceraian di Mahkamah Syariah. Kebahagiaan keluarga terletak pada banyak factor dan yang paling utama ialah beragama.

2 comments:

  1. faktor utama perceraian.. adalah kebanyakan berpunca dari nafsu atau citarasa keserasian disedari akan berkurangan.. ada satu kata2 popular yang amat terkenal... sebelum nikah beribu-ribu syaitan datang mengajak pada perzinaan... tetapi selepas nikah berjuta-juta syaitan datang menyuruh pada perceraian.

    jika ini yg bakal kita hadapi apakah dinding yg sepatutnya kita harapkan? tiada apa yg pasti melainkan mati. maka persiapkan diri kita menuju ke alam yg pasti yg kita beriman dengan Allah

    ReplyDelete
  2. SALAM ZIARAH... JAGA YANG LIMA MENJIWAI YANG 6. BARU HIDUP SELESA...

    ReplyDelete