Hikmah Perpisahan

Photobucket

"Anugerah Hidup..."

"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."

11 June, 2009

Komen menarik Penyanyi & Pelawak Salih Yaakob

Kenyataan penyanyi , pelakon dan pelawak Salih Yaakob yang mempunyai tiga isteri pada Seminar Kefahaman Poligami di Audotorium Pejabat Pelajaran Daerah menarik untuk dihayati. Katanya, pengukuhan akidah penting kerana apabila akidah sudah utuh, suami akan dapat membimbing keluarga dengan baik. Penerapan nilai agama penting dalam diri dan ia wajar dipupuk dan dibelai dalam keluarga. Keluarga adalah asas kepada masyarakat dan Negara. Institusi kekeluargaan harus ditadbir dengan baik kerana keluarga yang mantap dan stabil dapat menyumbang kepada keharmonian Negara. Oleh itu, sebarang tindakan boleh mengundang konflik wajar dielakkan supaya tidak menyumbang kepada kadar perceraian di Negara kita.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

1 comment:

  1. Samada bermadu atau kahwin satu sangat berkait balik pada asas kasih sayang itu dibina. jika nafsu maka masing2 akan sibuk menimbang keperluan nafsu yang ingin dipenuhi maka susahlah. Maka eloklah elakkan dari poligami.

    tetapi jika matlamat dia betul dengan berkerjasama tolong menolong dalam perkara ibadah... maka kenikmatan beragama akan lebih dirasai. segala kerja rumahtangga menjadi lebih mudah. bayangkan kerja rumah yang susah itu terpaksa di tanggung oleh isteri seorang diri. keselamatan bersendirian di kala suami perlu berkerja keras mencari rezeki.

    mana nak jaga anak? mana nak jaga masakan? maka apabila masyarakat pincang begini berlaku. maka kita akan lihat penculikan kanak2. anak2 yang terabai dari segi pendidikan dan kasih sayang kerana sibuk tidak akan berkesudahan kerana sistem itu pincang dan rosak. Tentunya ibulah yg terbaik dalam mendidik anak maka lebih ramai ibu maka sudah tentu jauh lebih baik dari satu ibu.

    Dengan syarat matlamatnya ikhlas mencari redho Allah. tetapi jika matlamatnya mencari kepuasan nafsu yang x bertepi... kepuasan melayan/mencegah bisikan syaitan yang kelak mengguris hati... menghiris pedih pilu maka poligami harus dielakkan... bersama kepenatan dan kepayahan menjadi ibu.. yang kelaknya kasih dan didikan pada anak akan berkurangan.. dan rehat kaum ibu yg makin berkurangan melayan kehendak nafsu tidak bertepi matlamat perkahwinan tersebut

    ReplyDelete