Hikmah Perpisahan

Photobucket

"Anugerah Hidup..."

"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."

05 June, 2009

Cari Jalan dekati anak-anak

TIMBULNYA pelbagai gejala sosial sejak akhir-akhir ini amat menggusarkan kita. Lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang masih mempunyai anak remaja yang meningkat dewasa. Gejala remaja terlibat dalam kegiatan Mat Rempit atau Samseng Jalanan dan juga buli, amat tidak sedap didengari oleh halua telinga. Sayang sekali, usia muda yang datang hanya sekali itu disia-siakan dengan melakukan aktiviti yang boleh membawa mudarat kepada diri sendiri, keluarga dan juga negara: Biarpun yang terlibat rata-ratanya adalah golongan remaja, tetapi tidak dinafikan pokok permasalahannya berpunca daripada pendidikan awal pada zaman kanak-kanak.
Nabi SAW ada bersabda yang maksud-Nya: Setiap anak yang lahir itu adalah fitrah, maka ibu bapanya yang menentukan sama ada ia menjadi yahudi, nasrani atau majusi.(riwayat Bukhari).
Wartawan,MOHD.RADZI MOHD.ZIN – temubual bersama Dr.Mastura Badzis Penolong Profesor Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM)
Hadis Nabi SAW di atas menunjukkan kaitan penting antara ibu bapa dan tingkah laku anak-anak. Apakah kepentingan alhal bilhal atau mendidik jiwa dengan jiwa dalam konteks ini?
Hadis di atas menjelaskan bahawa tidak ada anak yang dilahirkan sebagai jahat. Yang silap ialah ibu bapa atau pengasuh yang menganggap seolah-olah anak itu jahat. Sebabnya, jahat itu bukan sifat seorang anak tetapi ia berlaku disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran dan pendidikan ibu bapa. Imam al-Ghazali misalnya berkata, setiap anak itu adalah permata. Mereka belajar melalui pemerhatian dan mudah meniru. Berdasarkan teori imitation ini sesuatu itu menjadi kebiasaan kepada anak-anak. Imam al-Ghazali begitu menekankan peri pentingnya ibu bapa dan pendidik perlu menjadi role model atau ikutan yang baik kerana sikap atau tingkahlaku yang ditunjukkan oleh ibu bapa sebenarnya adalah kurikulum dalam pendidikan seorang kanak-kanak.
Bersesuaikan dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meniru perilaku atau apa sahaja yang ada di hadapannya, dan seperti yang ditegaskan oleh Imam al-Ghazali, kanak-kanak belajar melalui pemerhatian yang jika dibiarkan ia akan menjadi kebiasaan atau i’tiyad dan sukarlah untuk dibentuk. Dalam menangani masalah ini ibu bapa atau pendidik diberi pilihan antara memberi pengukuhan dan ganjaran baik atau hukuman. Jalan terbaik adalah memberi nasihat yang pendekatannya adalah mendidik jiwa dengan jiwa atau alhal bilhal. Seperti yang tertera dalam kitab karangannya Ayyuha al –walad. Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’Ulumuddin mengemukakan lima aspek utama dalam pendidikan kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan: Qudwah (contoh teladan), Mulahazah wa mutaba’ah (pemerhatian dan batasan), i’tiyad (kelaziman/kebiasaan),isu Al-thawab wa al iqab (ganjaran dan hukuman)dan nasihat sebagai penyelesaian.
Berapakah usia anak yang paling kritikal dalam membentuk sahsiah mereka?
Di peringkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding tahap umur yang lebih dewasa. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat, lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakal satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. Kajian pakar neurologi mendapati bahawa 80-85 % perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak. Peringkat perkembangan yang paling pesat ialah di peringkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justeru, boleh dikatakan bahawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembanganya yang akan datang. Hasil-hasil kajian ilmiah sama ada di timur, di barat malah seantero dunia , dapatan kajian membuktikan pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan hala tuju negara. Kajian di AS misalnya menunjukkan setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberi pulangan yang tinggi sama ada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut.
Tidak dinafikan, semua ibu bapa mahu anak mereka menjadi orang yang berguna. Namun, adakalanya ibu bapa gagal menunjukkan contoh teladan yang baik. Bagaimana membetulkan keadaan ini?
Saidina Umar r.a ada berkata, bermainlah dengan anak kamu selam 7 tahun, umur 7 ke 14 tahun masa untuk mendisiplinkan anak dan apabila berusia 14 ke 21 tahun, berkawanlah dengan mereka. Ini menunjukkan bahawa adalah penting bagi ibu bapa memahami psikologi anak-anak. Ibu bapa juga perlu mempelajari kemahiran keibubapaan. Ilmu ini perlu dipelajari dan kita tidak boleh buat trial and error kerana kesannya akan dilihat untuk jangka panjang. Kasih sayang adalah kunci kepada melahirkan anak-anak yang baik tingkah laku. Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak. Ini bukan bermakna hanya menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)sahaja. Sebaliknya, kita perlu menjadi ibu bapa yang professional. Walau sesibuk manapun kita di pejabat, jangan lupa anak di taska atau sekolah. Kita perlu sentiasa mengambil berat tentang mereka termasuk ‘belajar’ mengenali siapa rakan-rakan mereka. Dalam perkembangan psikopatologi, anak-anak yang bermasalah dari segi emosi seperti terlibat dalam membuli gangster dan tingkah laku anti social, pengkaji akan melihat tempoh 1 ke 6 tahun kanak-kanak itu dengan keluarga. Selepas itu, bagaimana hubungannya dengan kawan-kawan dan sebagainya. Jangan pula kita menjadi ibarat ‘ketam mengajar anak berjalan betul’. Ada bapa melarang anak merokok tetapi mereka sendiri pun merokok. Demikian juga guru-guru disiplin. Jangan hanya pandai menasihatkan anak murid berhenti merokok tetapi anda sendiri juga perokok. Jangan lupa menyentuh anak-anak walaupun jika mereka sudah dewasa. Rasullullah sendiri masih mencium dahi anaknya Fatimah walaupun selepas mempunyai dua cucu.

1 comment: