Hikmah Perpisahan

Photobucket

"Anugerah Hidup..."

"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."

05 June, 2009

Bagi anak-anak yang sudah menjadi ‘buluh’ apa lagi cara untuk mengubah sikap negative mereka kepada yang positif?

Selagi anak-anak masih mahu mencium tangan ibu bapa kita jangan berputus asa. Kita juga hendaklah berbicara dengan mereka mengikut kemampuan akal mereka. Sebab itulah juga sabda nabi SAW yang bermaksud, suruhlah anak kamu solat apabila umurnya 7 tahun dan pukullah mereka jika tidak solat apabila sudah berusia 10 tahun. Pada usia 7 tahun sesuai dengan perkembangan kognitif anak-anak mereka sudah boleh memahami benda-benda yang abstrak. Pada umur sebelum 7 tahun , jika anak-anak kita solat pun dia hanya meniru tetapi tidak faham mengapa perlu solat. Ibu bapa perlu sedar bahawa cara mendidik anak dahulu dan sekarang adalah berbeza . Zaman dulu, anak-anak suka meneroka dengan cara seperti memanjat pokok , melompat dan sebagainya. Kanak-kanak kini pula dikelilingi oleh alat sofistikated yang saya gelarkan sebagai ‘Generasi Nintendo atau X-Box. Mereka duduk dikelilingi pelbagai alat canggih. Ibu bapa juga perlu mengubah sikap. Jangan hanya mewarisi kaedah mendidik anak secara turun temurun. Jangan sekadar menghukum kesalahan anak-anak sebaliknya perlu member ruang kepada mereka untuk meluahkan perasaan. Jadilah kawan kepada anak-anak biarpun setelah usia meraka muda belia. Malah ada sebuah hadis yang bermaksud, siap yang ada anak kecil kena buat-buat perangai macam anak. Pendek kata, ada kalanya ibu bapa kena jadi ‘gila-gila’ ikut perangai anak. Ibubapa yang suka berleter setiap kali anak pulang atau semasa mereka berada di rumah akan mendorong mereka mencari ‘ibu bapa ‘ di kalangan rakan sebaya di luar. Golongan ini akan menjadi tempat mereka berkongsi masalah dan berkongsi segala suka dan duka. Ini bermakna ibu bapa perlu berusaha dan mencari jalan untuk mendekati anak-anak. Kita perlu mengajar anak-anak membuat pilihan yang betul. Jangan hanya mahu anak mematuhi arahan kita. Kalau memilih baju, pastikan kita sediakan dua pasang supaya anak kita juga boleh memilih maju yang disukainya.

No comments:

Post a Comment