Hikmah Perpisahan

Photobucket

"Anugerah Hidup..."

"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."

05 June, 2009

Cari Jalan dekati anak-anak

Berapakah usia anak yang paling kritikal dalam membentuk sahsiah mereka?
Di peringkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding tahap umur yang lebih dewasa. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat, lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakal satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. Kajian pakar neurologi mendapati bahawa 80-85 % perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak. Peringkat perkembangan yang paling pesat ialah di peringkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justeru, boleh dikatakan bahawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembanganya yang akan datang. Hasil-hasil kajian ilmiah sama ada di timur, di barat malah seantero dunia , dapatan kajian membuktikan pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan hala tuju negara. Kajian di AS misalnya menunjukkan setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberi pulangan yang tinggi sama ada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut.
Tidak dinafikan, semua ibu bapa mahu anak mereka menjadi orang yang berguna. Namun, adakalanya ibu bapa gagal menunjukkan contoh teladan yang baik. Bagaimana membetulkan keadaan ini?
Saidina Umar r.a ada berkata, bermainlah dengan anak kamu selam 7 tahun, umur 7 ke 14 tahun masa untuk mendisiplinkan anak dan apabila berusia 14 ke 21 tahun, berkawanlah dengan mereka. Ini menunjukkan bahawa adalah penting bagi ibu bapa memahami psikologi anak-anak. Ibu bapa juga perlu mempelajari kemahiran keibubapaan. Ilmu ini perlu dipelajari dan kita tidak boleh buat trial and error kerana kesannya akan dilihat untuk jangka panjang. Kasih sayang adalah kunci kepada melahirkan anak-anak yang baik tingkah laku. Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak. Ini bukan bermakna hanya menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)sahaja. Sebaliknya, kita perlu menjadi ibu bapa yang professional. Walau sesibuk manapun kita di pejabat, jangan lupa anak di taska atau sekolah. Kita perlu sentiasa mengambil berat tentang mereka termasuk ‘belajar’ mengenali siapa rakan-rakan mereka. Dalam perkembangan psikopatologi, anak-anak yang bermasalah dari segi emosi seperti terlibat dalam membuli gangster dan tingkah laku anti social, pengkaji akan melihat tempoh 1 ke 6 tahun kanak-kanak itu dengan keluarga. Selepas itu, bagaimana hubungannya dengan kawan-kawan dan sebagainya. Jangan pula kita menjadi ibarat ‘ketam mengajar anak berjalan betul’. Ada bapa melarang anak merokok tetapi mereka sendiri pun merokok. Demikian juga guru-guru disiplin. Jangan hanya pandai menasihatkan anak murid berhenti merokok tetapi anda ssendiri juga perokok. Jangan lupa menyentuh anak-anak walaupun jika mereka sudah dewasa. Rasullullah SAW sendiri pun masih mencium dahi anaknya Fatimah walaupun selepas mempunyai dua cucu.

1 comment:

  1. salam,teruskan atikel2 yang membina bagi membentuk generasi yg ideal InsyaAllah.

    ReplyDelete