Hikmah Perpisahan

Photobucket

"Anugerah Hidup..."

"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."

15 February, 2010

SUDIRMAN - ROBOHNYA MAHLIGAI CINTA

SUDIRMAN - ROBOHNYA MAHLIGAI CINTA
Posted by mesin taip buruk on May 26, '07 6:21 AM for everyone


PERCINTAAN dan perkahwinan dengan Kamariah Jamaludin atau lebih dikenali Kay adalah sesuatu yang indah buat Sudirman Haji Arshad.

Sudirman pernah memberitahu sahabat baiknya, pelakon dan penyanyi Noorkumalasari bahawa Kay adalah wanita pertama dan terakhir yang dicintainya. Mereka disatukan pada Hari Valantine - 14 Februari 1981 selepas Sudirman menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya. Kay yang bekerja di Petronas adalah pilihan hati Sudirman yang dikenali sejak kecil lagi.
Pastinya berita perkahwinan mereka diterima baik peminat kerana percintaan mereka bukan rahsia lagi.

Bagaimanapun, takdir menentukan segalanya apabila mahkigai cinta yang dibina dengan kasih sayang roboh bak istana pasir dilanda ombak. Perkahwinan mereka cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka. Pasangan itu tidak mempunyai anak.

Dalam majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF) dalam kolum Masih Kuingat Lagi, Sudirman menulis, 2 perkara yang sangat memilukan hatinya. Pertama, kehilangan ibu pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinannya yang gagal.

Sudirman merakamkan kedukaannya melalui pahit getir penceraian menerusi lagunya Terasing dan Merisik Khabar, malah beliau turut mencipta lagu Setiamu Tiada Lagi dendangan Ibnor Riza. Setelah bercerai, Sudirman menumpukan seluruh tenaga kepada kariernya termasuk menulis, melukis, dan menubuhkan syarikatnya sendiri.

Sahabat baik Sudirman, penyanyi Noorkumalasari dalam catatan mengenai Allahyarham yang disiarkan dalam Harian Metro pada 1992 berkata, suasana malam di rumah Sudirman sangat sayu menjelang perpisahan antara mereka. “Apabila cerai dilafazkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung,” kata Noor yang menyaksikan sendiri perceraian Sudirman dan Kay.

Sewaktu hampir berpisah dengan Kay, Sudirman menelefon Noorkumalasari supaya dapat menjadi saksi ketika dia melefazkan cerai. Noorkumalasari bersama-sama bekas suaminya ketika itu bergegas ke rumah Sudirman di Bangsar.

Noorkumalasati berkata "Suasana malam itu begitu sayu menjelang perpisahan mereka. Kedua-duanya kelihatan seperti biasa. Sebaik cerai dilafazkan, mereka tiba-tiba bertangisan. Air mata tidakdapat dibendung lagi, lalu kedua-duanya berpelukan. Begitu sayumenyaksikan peristiwa itu."

Noorkumalasari tidak dapat menahan sebak, seterusnya turut menangis sama. Sudirman, katanya, ketika itu berada dalam keadaan tidak tentu arah. Siapa sangka percintaan yang mereka pupuk sekian lama berakhir dengan cara begitu. Namun, Noorkumalasari memuji caranya yang begitu gentleman.

  

Noorkumalasari berkata lagi : "Sejak perpisahan itu jugalah, timbul semacam perubahan pada diri Sudir. Peminatnya mungkin tidak perasan mengenai perubahan ini. Tetapi di kalangan rakan artis, apatah lagi mereka yang rapat dengannya, perubahandiri Sudir itu jelas ketara.

"Percayalah kalau Noor katakan, meskipun di antara Allahyarham dan Kaytiada sebarang ikatan, namun Allahyarham masih terus menyarung cincin perkahwinan mereka. Saya sendiri Noor sendiri kehairanan mengapa Allahyarham bersikap begitu?"

Noorkumalasari ada menasihati Allahyarham agar menerima hakikat hidup. "Payah juga hendak dilentur, tetapi lama kelamaan, jika tidak silap Noor di antara dua atau tiga tahun, barulah Allahyarham menanggalkan cincin itu daripada jarinya," cerita Noorkumalasari lagi.

MENYUSUL ALBUM DAN LAGUNYA

Prev: SUDIRMAN - BUKAN SEKADAR SUARA
Next: SUDIRMAN - ALBUMNYA ADA MESEJ

3 comments:

  1. apa yang ingin aku kongsikan bersama ialah kepahitan yang dirasakan oleh penyanyi nombor satu negara ini akibat perceraian dengan insan yang paling dia cintai...tangisan di saat lafaz cerainya...mereka sama-sama menangis itu yang begitu menyentuh perasaan aku...:-(((

    ReplyDelete
  2. "Percayalah kalau Noor katakan, meskipun di antara Allahyarham dan Kaytiada sebarang ikatan, namun Allahyarham masih terus menyarung cincin perkahwinan mereka. Saya sendiri Noor sendiri kehairanan mengapa Allahyarham bersikap begitu?"
    **SO SWEET..* AL-FATIHAH buat Sudirman

    ReplyDelete
  3. KU SENDIRI PERNAH ALAMI,,SEWAKTU AKU KECIL DULU AKU PERNAH BERKATA PADA SUDIRMAN,KENAPALAH BODOH SANGAT HINGGA MERANA KERNA BERCERAI DENGAN KAY,DAN BILA TIBA MASANYA AKU YANG KENA AKU JUGA DAPAT MERASAKAN BERTAPA PERITNYA KEHILANGAN ORANG TERSAYANG,,,,WALAUPUN AKU TAK PERNAH KAHWIN,AKU JUGA MERANA BILA KEKASIHKU FAUZIANA YAHYA TAK MEMBALAS CINTA KU,,SETELAH 15 TAHUN KEHILANGAN FAUZIANA TIADA PENGGANTI

    ReplyDelete