Hikmah Perpisahan

Photobucket

"Anugerah Hidup..."

"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."

06 July, 2009

Pilihan Hati Milik Orang...

Kadang-kadang apa yang berlaku di luar kemahuan kita. Sudah puas mengelak namun ia berlaku jua ...Walau bagaimanapun aku sedar tidak sume orang bisa menerima untuk berkongsi kasih. Pernah satu ketika aku berada dalam situasi itu namun aku tidak diberi peluang untuk melaluinya malah aku telah diceraikan. Walau pahit untuk diterima namun ini sume kehendak-Nya jua. Allah punya perancangan-Nya yang hanya Dia Maha mengetahui. Siapa kita untuk mempersoalkannya. Kini aku sekali lagi diuji ... orang yang aku sayang milik insan lain. Puas aku mengelak namun perhubungan kami tetap terjalin hingga kini. Ibu tidak merestui hubungan kami. Aku berserah saja pada Allah andai ada jodoh di antara kami. Aku hanya mahu menumpang kasih bukan merampas hak sesiapa seperti yang pernah berlaku pada aku dulu. Ya Allah berikan lah aku kekuatan untuk melalui sumenya ini.

No comments:

Post a Comment