Hikmah Perpisahan

Photobucket

"Anugerah Hidup..."

"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."

11 June, 2009

Pasangan perlu elak konflik, hindari perceraian

Boleh dikatakan saban hari kita mendengar konflik rumah tangga membabitkan golongan bangsawan, artis korporat serta pelbagai lapisan masyarakat. Sesetengah konflik itu berakhir dengan perceraian dan sudah pastinya memberi impak kepada maruah individu. Turut terbabit ialah anak yang menjadi mangsa keadaan menimpa ibu bapa mereka. Perceraian tidak datang dengan sendirinya sebalik wujud dalam konflik rumah tangga yang menjurus kepada kes dibawa ke mahkamah. Disebabkan konflik berpanjangan, ada pihak kadang-kadang menyalahkan Mahkamah Syariah kononnya lewat menyelesaikan kes mereka dengan mengambil kira penderitaan dialaminya. Sebagai contoh, konflik antara A dan suaminya sudah wujud selama empat tahun dan akibat tidak tahan dengan konflik itu, A memfailkan kes perceraian di mahkamah. Apabila tiga bulan berlalu, A menyalahkan mahkamah kerana lewat menyelesaikan kes dan mendakwa sudah menderita selama empat tahun tiga bulan. Beliau mengira daripada tarikh wujudnya konflik dengan mengambil kira sekali kes difailkan ke mahkamah seterusnya menyalahkan mahkamah atas kelewatan itu. Mahkamah menyelesaikan kes berdasarkan permohonan dikira daripada tarikh kes difailkan bukan tarikh konflik itu berlaku. Konflik berlaku apabila ada ahli keluarga yang tidak bersetuju mengenai sesuatu perkara dalam kehidupan mereka. Antaranya, siapa yang patut melakukan tugas tertentu, bagaimana sumber digunakan secara bersama ataupun bagaimana keputusan harus dibuat. Perbezaan itumemberi kesan kepada seluruh atau sebahagian ahli keluarga menyebabkan isu boleh bertukar menjadi konflik. Sebuah keluarga boleh bergaduh mengenai isu yang bersifat tunggal, jelas ataupun membabitkan hubungan seperti kuasa, kasih sayang dan autonomi pasangan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:”Dan terimalah pesanku untuk berbuat kebajikan kepada wanita kerana mereka itu dijadikan dari tulang rusuk yang paling bengkok iaitu yang paling atas. Jika kamu hendak luruskan nescaya kamu patahkan dia, jika kamu biarkan dia tetaplah dia bengkok kerana itu terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada wanita.”(Hadis riwayat Imam Bukhari) Kebahagiaan keluarga adalah tanggungjawab semua ahli khususnya ibu bapa. Bapa atau suami khususnya, harus mempunyai peribadi baik, bertanggungjawab dan matang supaya penelitian yang saksama, adil dan berhati-hati dapat dilaksanakan dalam keluarga. Firman Allah bermaksud: “Bahawa Dia menjadikan kamu dari jenis kamu jodoh dan kamu bersenang-senang kepadanya dan Dia jadikan di antara kamu percintaan dan kasih sayang sesungguhnya itu, ada tanda ayat-ayat bagi kamu yang mahu berfikir.” (Surah Ar-Rum, ayat 21)

4 comments:

  1. RAMAI PASANGAN HARI INI KURANG SABAR... DAN TAK SABAR... SALAM

    ReplyDelete
  2. konflik dan masalah adalah sebahagian dari proses mematangkan hubungan dengan syarat asasnya kukuh.

    Jika asasnya adalah cinta kasih sayang yang hadir dari nafsu atau rasa "feeling" semata-mata tanpa bimbingan yang jelas menuju kepada Allah maka nantikanlah bila ribut melanda, konflik menerjah. maka kebergantungan kepada nilai dan perasaan nafsu inilah akan menjadi rujukan. maka

    Janganlah bersendirian dalam menangani emosi ini. dapatkan bimbingan sewajarnya dari rakan2 sesama insan berkasih sayang menuju ilahi.

    ReplyDelete
  3. salam,
    munajat dengan Allah,perbanyakkan smbhyg hajat InsyaAllah permasaalahan yg timbul akan selesai

    ReplyDelete
  4. besabar adalah separuh dari iman.ada hikmah setiap qada dan qadar ilahi semoga tabah menempuh hari mendatang .. yang mesti kekal abadi....za tek pdg rgs

    ReplyDelete