Hikmah Perpisahan

Photobucket

"Anugerah Hidup..."

"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."

30 March, 2009

kata2 terapi n32.blogspot.com.

Pengalaman pahit,pengalaman manis, pengalaman yang berguna, pengalaman yang menyayat hati semuanya harus ditempuh. Kadangkala suka atau tidak kerana dunia ini bukan kita yang bikin tetapi dicipta , diatur dan ditentukan oleh Allah swt jua.
Pepatah melayu yang popular bagi mereka yang bersedia terjun ke kancah perjuangan adalah "Kalau takut dilambung jangan berumah di tepi pantai". Namun oleh kerana kita bukan malaikat manusia yang serba lemah dan kekurangan maka kadangkala walaupun kita cuba bergarang menggagahkan diri ada juga ketika kita jatuh terperosok, sejuk ketakutan,gusar,kecewa dan berhiba keseorangan. Tambah apabila kita rancang tidak menjadi, apabila yang kita harap menghampakan, apabila kita percaya mengecewakan, apabila yang kita sayang tergamak meninggalkan kita. Ketika suasana demikian kita merasakan seolah kita keseorangan. Kita mungkin boleh marah, tenggelam dan kedukacitaan yang sangat-sangat. Kalau hilang punca maka berakhirlah perjuangan ini. Kerana itu walaupun sukar dan susah dalam suasana sedemikian kita diajar BERSABAR. "Kalau anda tidak suka melihat apa yang dilakukan orang terhadap anda hari ini nanti apabila tiba giliran anda jangan ulangi perkara yang sama"SABAR" memang satu perkataan yang besar. Ia adalah senjata dan ubat yang dicipta Allah untuk merawat mereka yang duka dan hiba, menempuh cabaran dan kesusahan dalam perjuangan...

No comments:

Post a Comment