Hikmah Perpisahan

Photobucket

"Anugerah Hidup..."

"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."

11 February, 2009

Seorang Perempuan Itu

Seorang Perempuan itu, dia
Seorang Ibu itu, dia
Seorang ayah itu, dia
Seorang guru pun dia
Di situlah berdirinya seorang
perempuan
Yang Tiga tahun dulu terpinggir
Di hujung talak seorang lelaki
Di hujung lidah seorang suami
Saban hari kering dan basah
menyembah perdu kehidupan
mengulit, membungkus tepung
penderitaan
Demi anak-anak itu
Demi kasih mulus
Tulus seorang Ibu
Seorang perempuan itu, dia
kukuh dan teguh sekeping hatinya
menolak cinta yang jalang
memamah fitnah dan dendam
menelan seribu kepahitan
bersama doa kudusnya
bersua keyakinan
bersama teguhnya impian
bergelar seorang perempuan
bergelar seorang Ibu Tunggal..

1 comment:

  1. salam
    selamat ketemu
    syabas seorang ibu
    kau gigih
    seribu lelaki bisa tewas dihadapanmu

    ReplyDelete