Hikmah Perpisahan

Photobucket

"Anugerah Hidup..."

"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."

12 February, 2009

Anak-anak kesayanganku...

Bagiku anak menjadikan diri kita matang,bijak dan terarah dalam mengatur hidup. Panggilan ibu di rumah merupakan satu penghargaan kepada diri kita dan yang pasti ada makhluk kecil di rumah yang ingin dikasihi dan dilindungi. Hanya orang yang ada anak saja yang akan tahu apa perasaannya menjadi seorang ibu.
"Ibu doakan ke dua-dua anak kesayangan ibu Muhammad Nasrullah dan Muhammad Saifullah beroleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat...Insyaallah....amin. Harapan ibu walaupun kalian dibesarkan tanpa bimbingan seorang yang bergelar ayah, itu bukan bermakna kalian tidak akan menjadi insan yang sempurna kelak. Malah ibu harap kalian akan lebih menghargai erti kasih sayang seorang ayah yang sebenar-benarnya. Moga kita akan dapat menjalani kehidupan ini dengan tenang dan merasai kebahagiaan seperti mana orang lain.

No comments:

Post a Comment