Hikmah Perpisahan

Photobucket

"Anugerah Hidup..."

"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."

06 June, 2010

Mak ampuni anakmu,,,:(((

aku bersalah pada ibuku,,,amat malang bagi aku di usia yang matang ini masih dipukul dan dimarahi bagaikan budak kecil.  Tindakanku untuk meneruskan hubungan dengan si dia mendapat tentangan hebat dari Insan yang melahirkan dan membesarkan aku.  Benar salah aku kerana meneruskan hubungan dengan insan milik orang tapi hingga kini dia kekal di ati.  Aku sedar apalah sangat mengejar cinta dunia tapi sebagai insan biasa naluri untuk di sayangi oleh insan bergelar lelaki masih kuat.  Dia masih kekal di ati ini.  Salahkah aku untuk menyintainya... 

3 comments:

  1. aku faham perasaan kau.. perasaan aku sedih bersama air mata yang dapat aku kongsi dengan kau.. bersabarlah wahai adikku dengan ketentuan ilahi.. setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Allah tidak menganayai hambanya melainkan kita sendiri+++.. tak sangka tindakkan mak sampai macamtu.. mungkin ada sebab tersendiri..++

    tak salah kau menyintai insan yang bergelar lelaki... baik milik orang atau tidak.. apa yang penting, sudahkah kau bersedia untuk menempuh hari mendatang bersama si dia??perkahwinan , perkongsian hidup bukan main-main..

    fikir-fikir dan renungkanlah...
    selamat beramal...
    jgn lupa solat tiang agama..
    berdoa dan terus berdoa semoga Allah memberkatimu
    ihklas dri kak yong......

    ReplyDelete
  2. tidak salah menyintai sesiapa. tetapi bawalah cinta menuju redho ilahi. bukan berasaskan nafsu yang perlu bertemu atau sehingga menderhakai ibu. memetik kata anakmuda....

    cintailah sidia dengan menjadi motivasi meningkatkan ibadat menyedari betapa hati kita ini jugak milik Allah yang kita sendiri terbukti tidak boleh mengawalnya untuk menyintai sesiapa.

    Redho dengan ujian dan tingkatkan amalan bukan dengan melayan bisikan syaitan yang mengajak kepada kesesatan.

    ReplyDelete
  3. Cinta datang dan pergi itulah lumrah kehidupan ...

    ReplyDelete