Salam sume ... lama lak aku tak berkesempatan coretkan apa-apa pada blog nih. Rata-rata mengatakan sedeh jew baca blog nih. Mungkin aku belum kuar dari penderitaan atas nama perceraian ini. Apapun hidup harus diteruskan... mungkin ade hikmahnya yang hanya
Allah yang Maha Mengetahui. Aku dah cuba lupakan penderitaan itu dengan menerima insan baru dalam hidup ini tapi dugaan sekali lagi menguji aku kekasih hatiku milik insan lain. Selepas kuargaku menolak mentah2 hasratku tuk mendirikan umh tangga gan milik orang tu aku cuba sedaya upaya tuk lupakan dia namun ati ini tetap mengingatinya juga. Lagipun aku nih jenis yang setia kot. Aku bukan ingin merampas hak orang lain tapi sekadar menumpang kasih jew. Aku sedar tiada wanita yang ingin berkongsi suami mereka dengan insan lain namun jalan untuk tujuan yang baik itu tetap ada. Kalau dulu aku memang anti poligami kini aku faham mengapa jalan itu dihalalkan Allah.
kehidupan adalah satu persinggahan sementara oleh itu waspada selalu agar kita tidak leka dengan mimpi indah,,,:)
"Anugerah Hidup..."
"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."
25 July, 2009
06 July, 2009
Pilihan Hati Milik Orang...
Kadang-kadang apa yang berlaku di luar kemahuan kita. Sudah puas mengelak namun ia berlaku jua ...Walau bagaimanapun aku sedar tidak sume orang bisa menerima untuk berkongsi kasih. Pernah satu ketika aku berada dalam situasi itu namun aku tidak diberi peluang untuk melaluinya malah aku telah diceraikan. Walau pahit untuk diterima namun ini sume kehendak-Nya jua. Allah punya perancangan-Nya yang hanya Dia Maha mengetahui. Siapa kita untuk mempersoalkannya. Kini aku sekali lagi diuji ... orang yang aku sayang milik insan lain. Puas aku mengelak namun perhubungan kami tetap terjalin hingga kini. Ibu tidak merestui hubungan kami. Aku berserah saja pada Allah andai ada jodoh di antara kami. Aku hanya mahu menumpang kasih bukan merampas hak sesiapa seperti yang pernah berlaku pada aku dulu. Ya Allah berikan lah aku kekuatan untuk melalui sumenya ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
