Hikmah Perpisahan

Photobucket

"Anugerah Hidup..."

"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."

18 June, 2009

Kehilangan Sesuatu Yang Menyakitkan


Salam sume...hanya orang yang pernah mengalami situasi ini dapat merasai sakitnya bila kehilangan seseorang atau sesuatu yang kita sayang...

11 June, 2009

Pasangan perlu elak konflik, hindari perceraian

Boleh dikatakan saban hari kita mendengar konflik rumah tangga membabitkan golongan bangsawan, artis korporat serta pelbagai lapisan masyarakat. Sesetengah konflik itu berakhir dengan perceraian dan sudah pastinya memberi impak kepada maruah individu. Turut terbabit ialah anak yang menjadi mangsa keadaan menimpa ibu bapa mereka. Perceraian tidak datang dengan sendirinya sebalik wujud dalam konflik rumah tangga yang menjurus kepada kes dibawa ke mahkamah. Disebabkan konflik berpanjangan, ada pihak kadang-kadang menyalahkan Mahkamah Syariah kononnya lewat menyelesaikan kes mereka dengan mengambil kira penderitaan dialaminya. Sebagai contoh, konflik antara A dan suaminya sudah wujud selama empat tahun dan akibat tidak tahan dengan konflik itu, A memfailkan kes perceraian di mahkamah. Apabila tiga bulan berlalu, A menyalahkan mahkamah kerana lewat menyelesaikan kes dan mendakwa sudah menderita selama empat tahun tiga bulan. Beliau mengira daripada tarikh wujudnya konflik dengan mengambil kira sekali kes difailkan ke mahkamah seterusnya menyalahkan mahkamah atas kelewatan itu. Mahkamah menyelesaikan kes berdasarkan permohonan dikira daripada tarikh kes difailkan bukan tarikh konflik itu berlaku. Konflik berlaku apabila ada ahli keluarga yang tidak bersetuju mengenai sesuatu perkara dalam kehidupan mereka. Antaranya, siapa yang patut melakukan tugas tertentu, bagaimana sumber digunakan secara bersama ataupun bagaimana keputusan harus dibuat. Perbezaan itumemberi kesan kepada seluruh atau sebahagian ahli keluarga menyebabkan isu boleh bertukar menjadi konflik. Sebuah keluarga boleh bergaduh mengenai isu yang bersifat tunggal, jelas ataupun membabitkan hubungan seperti kuasa, kasih sayang dan autonomi pasangan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:”Dan terimalah pesanku untuk berbuat kebajikan kepada wanita kerana mereka itu dijadikan dari tulang rusuk yang paling bengkok iaitu yang paling atas. Jika kamu hendak luruskan nescaya kamu patahkan dia, jika kamu biarkan dia tetaplah dia bengkok kerana itu terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada wanita.”(Hadis riwayat Imam Bukhari) Kebahagiaan keluarga adalah tanggungjawab semua ahli khususnya ibu bapa. Bapa atau suami khususnya, harus mempunyai peribadi baik, bertanggungjawab dan matang supaya penelitian yang saksama, adil dan berhati-hati dapat dilaksanakan dalam keluarga. Firman Allah bermaksud: “Bahawa Dia menjadikan kamu dari jenis kamu jodoh dan kamu bersenang-senang kepadanya dan Dia jadikan di antara kamu percintaan dan kasih sayang sesungguhnya itu, ada tanda ayat-ayat bagi kamu yang mahu berfikir.” (Surah Ar-Rum, ayat 21)

Pasangan perlu elak konflik, hindari perceraian

Suami isteri yang berkongsi kehidupan bertahun-tahun, malah sehingga akhir hayat pasti tidak dapat lari daripada menempuh dugaan berumah tangga. Kadangkala, perkara kecil terbawa-bawa menjadi kes besar, bermasam muka dan berbalah. Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor(Jais), Alwi Parman, berkata pertelingkahan berlaku sebagai satu cubaan kepada pasangan kerana ada dosa dengan Tuhan yang mungkin tidak disedari pasangan terbabit. Berdasarkan kajian, pelbagai punca berlakunya konflik seperti mengabaikan pendidikan agama, ekonomi tidak mantap, kurangnya kefahaman terhadap tanggungjawab, campur tangan keluarga, wujudnya orang ketiga, berlaku keganasan dalam rumah tangga dan kegagalan menguruskan masa dengan bijak. Antara konflik perlu dielakkan ialah kehadiran orang ketiga. Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN),Datuk aminah Abdul Rahman mengakui kehadiran orang ketiga sering kali dikaitkan sebagai punca hubungan suami isteri bergoncang. Namun menurutnya orang ketiga bukan punca utama perceraian. Mengikut Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat yang dijalankan LPPKN pada 2004, Cuma 12 peratus perceraian berpunca daripada kehadiran orang ketiga. Ia merujuk kepada pasangan curang dan isteri enggan dimadukan. Sebaliknya, tiada persefahaman antara pasangan iaitu 42 peratus. Konflik dinyatakan jika tidak ditangani dengan bijak oeh pasangan boleh mengundang kepada peningkatan kes perceraian di Mahkamah Syariah. Kebahagiaan keluarga terletak pada banyak factor dan yang paling utama ialah beragama.

Komen menarik Penyanyi & Pelawak Salih Yaakob

Kenyataan penyanyi , pelakon dan pelawak Salih Yaakob yang mempunyai tiga isteri pada Seminar Kefahaman Poligami di Audotorium Pejabat Pelajaran Daerah menarik untuk dihayati. Katanya, pengukuhan akidah penting kerana apabila akidah sudah utuh, suami akan dapat membimbing keluarga dengan baik. Penerapan nilai agama penting dalam diri dan ia wajar dipupuk dan dibelai dalam keluarga. Keluarga adalah asas kepada masyarakat dan Negara. Institusi kekeluargaan harus ditadbir dengan baik kerana keluarga yang mantap dan stabil dapat menyumbang kepada keharmonian Negara. Oleh itu, sebarang tindakan boleh mengundang konflik wajar dielakkan supaya tidak menyumbang kepada kadar perceraian di Negara kita.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

05 June, 2009

Cari Jalan dekati anak-anak

TIMBULNYA pelbagai gejala sosial sejak akhir-akhir ini amat menggusarkan kita. Lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang masih mempunyai anak remaja yang meningkat dewasa. Gejala remaja terlibat dalam kegiatan Mat Rempit atau Samseng Jalanan dan juga buli, amat tidak sedap didengari oleh halua telinga. Sayang sekali, usia muda yang datang hanya sekali itu disia-siakan dengan melakukan aktiviti yang boleh membawa mudarat kepada diri sendiri, keluarga dan juga negara: Biarpun yang terlibat rata-ratanya adalah golongan remaja, tetapi tidak dinafikan pokok permasalahannya berpunca daripada pendidikan awal pada zaman kanak-kanak.
Nabi SAW ada bersabda yang maksud-Nya: Setiap anak yang lahir itu adalah fitrah, maka ibu bapanya yang menentukan sama ada ia menjadi yahudi, nasrani atau majusi.(riwayat Bukhari).
Wartawan,MOHD.RADZI MOHD.ZIN – temubual bersama Dr.Mastura Badzis Penolong Profesor Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM)
Hadis Nabi SAW di atas menunjukkan kaitan penting antara ibu bapa dan tingkah laku anak-anak. Apakah kepentingan alhal bilhal atau mendidik jiwa dengan jiwa dalam konteks ini?
Hadis di atas menjelaskan bahawa tidak ada anak yang dilahirkan sebagai jahat. Yang silap ialah ibu bapa atau pengasuh yang menganggap seolah-olah anak itu jahat. Sebabnya, jahat itu bukan sifat seorang anak tetapi ia berlaku disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran dan pendidikan ibu bapa. Imam al-Ghazali misalnya berkata, setiap anak itu adalah permata. Mereka belajar melalui pemerhatian dan mudah meniru. Berdasarkan teori imitation ini sesuatu itu menjadi kebiasaan kepada anak-anak. Imam al-Ghazali begitu menekankan peri pentingnya ibu bapa dan pendidik perlu menjadi role model atau ikutan yang baik kerana sikap atau tingkahlaku yang ditunjukkan oleh ibu bapa sebenarnya adalah kurikulum dalam pendidikan seorang kanak-kanak.
Bersesuaikan dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meniru perilaku atau apa sahaja yang ada di hadapannya, dan seperti yang ditegaskan oleh Imam al-Ghazali, kanak-kanak belajar melalui pemerhatian yang jika dibiarkan ia akan menjadi kebiasaan atau i’tiyad dan sukarlah untuk dibentuk. Dalam menangani masalah ini ibu bapa atau pendidik diberi pilihan antara memberi pengukuhan dan ganjaran baik atau hukuman. Jalan terbaik adalah memberi nasihat yang pendekatannya adalah mendidik jiwa dengan jiwa atau alhal bilhal. Seperti yang tertera dalam kitab karangannya Ayyuha al –walad. Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’Ulumuddin mengemukakan lima aspek utama dalam pendidikan kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan: Qudwah (contoh teladan), Mulahazah wa mutaba’ah (pemerhatian dan batasan), i’tiyad (kelaziman/kebiasaan),isu Al-thawab wa al iqab (ganjaran dan hukuman)dan nasihat sebagai penyelesaian.
Berapakah usia anak yang paling kritikal dalam membentuk sahsiah mereka?
Di peringkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding tahap umur yang lebih dewasa. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat, lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakal satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. Kajian pakar neurologi mendapati bahawa 80-85 % perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak. Peringkat perkembangan yang paling pesat ialah di peringkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justeru, boleh dikatakan bahawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembanganya yang akan datang. Hasil-hasil kajian ilmiah sama ada di timur, di barat malah seantero dunia , dapatan kajian membuktikan pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan hala tuju negara. Kajian di AS misalnya menunjukkan setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberi pulangan yang tinggi sama ada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut.
Tidak dinafikan, semua ibu bapa mahu anak mereka menjadi orang yang berguna. Namun, adakalanya ibu bapa gagal menunjukkan contoh teladan yang baik. Bagaimana membetulkan keadaan ini?
Saidina Umar r.a ada berkata, bermainlah dengan anak kamu selam 7 tahun, umur 7 ke 14 tahun masa untuk mendisiplinkan anak dan apabila berusia 14 ke 21 tahun, berkawanlah dengan mereka. Ini menunjukkan bahawa adalah penting bagi ibu bapa memahami psikologi anak-anak. Ibu bapa juga perlu mempelajari kemahiran keibubapaan. Ilmu ini perlu dipelajari dan kita tidak boleh buat trial and error kerana kesannya akan dilihat untuk jangka panjang. Kasih sayang adalah kunci kepada melahirkan anak-anak yang baik tingkah laku. Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak. Ini bukan bermakna hanya menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)sahaja. Sebaliknya, kita perlu menjadi ibu bapa yang professional. Walau sesibuk manapun kita di pejabat, jangan lupa anak di taska atau sekolah. Kita perlu sentiasa mengambil berat tentang mereka termasuk ‘belajar’ mengenali siapa rakan-rakan mereka. Dalam perkembangan psikopatologi, anak-anak yang bermasalah dari segi emosi seperti terlibat dalam membuli gangster dan tingkah laku anti social, pengkaji akan melihat tempoh 1 ke 6 tahun kanak-kanak itu dengan keluarga. Selepas itu, bagaimana hubungannya dengan kawan-kawan dan sebagainya. Jangan pula kita menjadi ibarat ‘ketam mengajar anak berjalan betul’. Ada bapa melarang anak merokok tetapi mereka sendiri pun merokok. Demikian juga guru-guru disiplin. Jangan hanya pandai menasihatkan anak murid berhenti merokok tetapi anda sendiri juga perokok. Jangan lupa menyentuh anak-anak walaupun jika mereka sudah dewasa. Rasullullah sendiri masih mencium dahi anaknya Fatimah walaupun selepas mempunyai dua cucu.

Bagi anak-anak yang sudah menjadi ‘buluh’ apa lagi cara untuk mengubah sikap negative mereka kepada yang positif?

Selagi anak-anak masih mahu mencium tangan ibu bapa kita jangan berputus asa. Kita juga hendaklah berbicara dengan mereka mengikut kemampuan akal mereka. Sebab itulah juga sabda nabi SAW yang bermaksud, suruhlah anak kamu solat apabila umurnya 7 tahun dan pukullah mereka jika tidak solat apabila sudah berusia 10 tahun. Pada usia 7 tahun sesuai dengan perkembangan kognitif anak-anak mereka sudah boleh memahami benda-benda yang abstrak. Pada umur sebelum 7 tahun , jika anak-anak kita solat pun dia hanya meniru tetapi tidak faham mengapa perlu solat. Ibu bapa perlu sedar bahawa cara mendidik anak dahulu dan sekarang adalah berbeza . Zaman dulu, anak-anak suka meneroka dengan cara seperti memanjat pokok , melompat dan sebagainya. Kanak-kanak kini pula dikelilingi oleh alat sofistikated yang saya gelarkan sebagai ‘Generasi Nintendo atau X-Box. Mereka duduk dikelilingi pelbagai alat canggih. Ibu bapa juga perlu mengubah sikap. Jangan hanya mewarisi kaedah mendidik anak secara turun temurun. Jangan sekadar menghukum kesalahan anak-anak sebaliknya perlu member ruang kepada mereka untuk meluahkan perasaan. Jadilah kawan kepada anak-anak biarpun setelah usia meraka muda belia. Malah ada sebuah hadis yang bermaksud, siap yang ada anak kecil kena buat-buat perangai macam anak. Pendek kata, ada kalanya ibu bapa kena jadi ‘gila-gila’ ikut perangai anak. Ibubapa yang suka berleter setiap kali anak pulang atau semasa mereka berada di rumah akan mendorong mereka mencari ‘ibu bapa ‘ di kalangan rakan sebaya di luar. Golongan ini akan menjadi tempat mereka berkongsi masalah dan berkongsi segala suka dan duka. Ini bermakna ibu bapa perlu berusaha dan mencari jalan untuk mendekati anak-anak. Kita perlu mengajar anak-anak membuat pilihan yang betul. Jangan hanya mahu anak mematuhi arahan kita. Kalau memilih baju, pastikan kita sediakan dua pasang supaya anak kita juga boleh memilih maju yang disukainya.

Cari Jalan dekati anak-anak

Berapakah usia anak yang paling kritikal dalam membentuk sahsiah mereka?
Di peringkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding tahap umur yang lebih dewasa. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat, lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakal satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. Kajian pakar neurologi mendapati bahawa 80-85 % perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak. Peringkat perkembangan yang paling pesat ialah di peringkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justeru, boleh dikatakan bahawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembanganya yang akan datang. Hasil-hasil kajian ilmiah sama ada di timur, di barat malah seantero dunia , dapatan kajian membuktikan pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan hala tuju negara. Kajian di AS misalnya menunjukkan setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberi pulangan yang tinggi sama ada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut.
Tidak dinafikan, semua ibu bapa mahu anak mereka menjadi orang yang berguna. Namun, adakalanya ibu bapa gagal menunjukkan contoh teladan yang baik. Bagaimana membetulkan keadaan ini?
Saidina Umar r.a ada berkata, bermainlah dengan anak kamu selam 7 tahun, umur 7 ke 14 tahun masa untuk mendisiplinkan anak dan apabila berusia 14 ke 21 tahun, berkawanlah dengan mereka. Ini menunjukkan bahawa adalah penting bagi ibu bapa memahami psikologi anak-anak. Ibu bapa juga perlu mempelajari kemahiran keibubapaan. Ilmu ini perlu dipelajari dan kita tidak boleh buat trial and error kerana kesannya akan dilihat untuk jangka panjang. Kasih sayang adalah kunci kepada melahirkan anak-anak yang baik tingkah laku. Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak. Ini bukan bermakna hanya menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)sahaja. Sebaliknya, kita perlu menjadi ibu bapa yang professional. Walau sesibuk manapun kita di pejabat, jangan lupa anak di taska atau sekolah. Kita perlu sentiasa mengambil berat tentang mereka termasuk ‘belajar’ mengenali siapa rakan-rakan mereka. Dalam perkembangan psikopatologi, anak-anak yang bermasalah dari segi emosi seperti terlibat dalam membuli gangster dan tingkah laku anti social, pengkaji akan melihat tempoh 1 ke 6 tahun kanak-kanak itu dengan keluarga. Selepas itu, bagaimana hubungannya dengan kawan-kawan dan sebagainya. Jangan pula kita menjadi ibarat ‘ketam mengajar anak berjalan betul’. Ada bapa melarang anak merokok tetapi mereka sendiri pun merokok. Demikian juga guru-guru disiplin. Jangan hanya pandai menasihatkan anak murid berhenti merokok tetapi anda ssendiri juga perokok. Jangan lupa menyentuh anak-anak walaupun jika mereka sudah dewasa. Rasullullah SAW sendiri pun masih mencium dahi anaknya Fatimah walaupun selepas mempunyai dua cucu.