Hikmah Perpisahan

Photobucket

"Anugerah Hidup..."

"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."

30 March, 2009

kata2 terapi n32.blogspot.com.

Pengalaman pahit,pengalaman manis, pengalaman yang berguna, pengalaman yang menyayat hati semuanya harus ditempuh. Kadangkala suka atau tidak kerana dunia ini bukan kita yang bikin tetapi dicipta , diatur dan ditentukan oleh Allah swt jua.
Pepatah melayu yang popular bagi mereka yang bersedia terjun ke kancah perjuangan adalah "Kalau takut dilambung jangan berumah di tepi pantai". Namun oleh kerana kita bukan malaikat manusia yang serba lemah dan kekurangan maka kadangkala walaupun kita cuba bergarang menggagahkan diri ada juga ketika kita jatuh terperosok, sejuk ketakutan,gusar,kecewa dan berhiba keseorangan. Tambah apabila kita rancang tidak menjadi, apabila yang kita harap menghampakan, apabila kita percaya mengecewakan, apabila yang kita sayang tergamak meninggalkan kita. Ketika suasana demikian kita merasakan seolah kita keseorangan. Kita mungkin boleh marah, tenggelam dan kedukacitaan yang sangat-sangat. Kalau hilang punca maka berakhirlah perjuangan ini. Kerana itu walaupun sukar dan susah dalam suasana sedemikian kita diajar BERSABAR. "Kalau anda tidak suka melihat apa yang dilakukan orang terhadap anda hari ini nanti apabila tiba giliran anda jangan ulangi perkara yang sama"SABAR" memang satu perkataan yang besar. Ia adalah senjata dan ubat yang dicipta Allah untuk merawat mereka yang duka dan hiba, menempuh cabaran dan kesusahan dalam perjuangan...

23 March, 2009

hari semakin cepat berlalu...

cuti sekolah pun berakhir...anakku muhammad nasrullah akan menghadapi exam pertamanya di tahun 1. Aku lak yang berdebar. Harapan aku moga dia dapat tempuh minggu pep. ni gan semangat baru. Ibu sayang anak ibu...moga Along terus berusaha dan maju jaya. Insyaallah.

17 March, 2009

cuti datang lagi...

walaupun skunk ni cuti sekolah aku keje cam besa...anak aku yang sulung lak akan hadapi exam buka sekolah minggu depan so bz sket. Si ayahnya sampei skunk tak jenguk depa pun. Aku betul2 tak paham hati seorang ayah leh jadi cam gitu. Bukan nak burukkan mana2 pihak tapi bler dipikirkan kembali cian jew kat anak2 hilang cam tu jew kasih sayang seorang ayah. Klu dah pegi menyambut seruan Ilahi adelah gak leh timer tapi setakat kahwin len bukan halangan sebenarnya nak rapat gan anak.
Boy dengan sepupunya adawiyah...

06 March, 2009

Bukan Kemahuan Fikiran

Bukan mudah untuk menjalani kehidupan tanpa sokongan insan tersayang namun suka atau tidak sume tu harus ditempuhi. Beberapa hari ini banyak lak kisah perceraian terpapar di dada akhbar sehingga statistik terkini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyatakan perceraian masyarakat Islam sebanyak 20,529 kes pada 2007, manakala kes rujuk (berkahwin semula dengan pasangan) hanya 2,511.
Hanya iman dan takwa akan dapat membina kesabaran yang tinggi terutama dalam menghadapi konflik rumah tangga dan tahap kesabaran juga secara langsung akan mempengaruhi emosi seseorang dalam membuat sesuatu keputusan pada saat yang kritikal.

04 March, 2009

02 March, 2009

kata-kata perangsang...

Rawatlah emosi kita dengan baik kerana kehilangan orang tercinta membuat kita mengalami goncangan yang kuat di jiwa. Allah berpesan, ...jangan berduka terhadap apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepada mu (QS Al:Hadid:23)dan dipesan Rasulullah SAW"sesungguhnya kesabaran itu ada pada hentakan pertama."
Dari pesanan ini jelas sesiapa yang mampu menguasai perasaan dalam setiap peristiwa, baik yang memilukan dan juga yang menggembirakan, maka dialah orang yang benar-benar memiliki kekukuhan iman dan keteguhan keyakinan. Maka laluilah hidup kita seadanya sebagai hamba Allah.