
kehidupan adalah satu persinggahan sementara oleh itu waspada selalu agar kita tidak leka dengan mimpi indah,,,:)
"Anugerah Hidup..."
"Wahai Sahabat yang kecewa menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita, gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA..."
31 January, 2009
30 January, 2009
Petikan kata-kata dari sebuah novel.....
sayang diri sendiri Jangan fikirkan yang bukan-bukan. Kalau dia kahwin lain pun tak semestinya dia menang. Tidak semestinya kita harus bersedih. Tanggungjawab perempuan sekarang empat kali ganda beratnya dari lelaki. Kita sebagai perempuan mesti kuat dan sabar...
"Hajat di hati tidak mahu bercerai, kuasa Allah siapa yang tahu."
Airmataku bercucuran membasahi pipi ini bagai tidak akan berhenti. Dia dengan mudah menjatuhkan talak ke atas ku di depan hakim dalam mahkamah syariah.....ada kepuasan di hujung nada suaranya meyakinkan aku dia benar-benar inginkan perceraian ini. Aku tidak pernah menyangka lelaki yang aku serahkan sepenuh kepercayaan padanya telah meninggalkan aku dengan seribu pertanyaan. Aku gagal mendapat jawapan di atas segala pertanyaan aku padanya ......di mahkamah dia hanya mengatakan dia tidak bahagia hidup dengan aku. Semudah itu kah?
29 January, 2009
Sekadar coretan...
bukan mengeluh atau menyesal dengan nasib diri tetapi apa yang ditempuhi kadang-kadang menguji kesabaran kita sehingga lupa yang hidup ini adalah untuk menerima ujian dari pencipta kita Allah swt. Apa yang diharapkan moga dimudahkan semua urusan dalam membesarkan anak-anak tanpa seorang yang bergelar suami.
Subscribe to:
Posts (Atom)





